Maaf Saya Akan Pergi Meninggalkan Awak !
Malam raya.
Ibu mengetuk pintu bilikku.
Menghulurkanku sepucuk surat.
“Apa ni, mak?”
“Ada orang bagi tadi. Untuk kamu.”
Ibu berlalu pergi ke ruang tamu, menyambung kerja menghias rumah
dengan adik dan kakak.
Jam sudah menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Dengan cermat, aku
membuka sampul berisi surat.
Ku teliti tulisannya. Kemas. Tulisan siapakah ini? Tidak ku
kenali.
Bersila di atas katil. Ku amati bait-bait tulisan di helaian
surat. Ringkas saja isinya.
Maaf saya akan pergi meninggalkan awak |
“Assalamualaikum.
Maaf mengganggu.
Sebenarnya sudah lama saya memerhatikan awak. Awak boleh panggil
saya stalker kalau awak nak. Sebelum puasa lagi, saya nak sangat jumpa dengan
awak. Awak tahu tak betapa saya berkenan dengan awak?”
Hatiku mulai berdebar-debar. Rupanya aku ada peminat dalam diam.
Mesti awek ni. Kembang kuncup sekejap hidungku. Tersipu-sipu. Tak sabar-sabar
lagi, terus aku membaca perenggan yang seterusnya.
“Sejak tahun-tahun dulu lagi sebenarnya saya dah lama follow
awak. Awak saja tak sedar kewujudan saya. Saya intai di facebook awak, status
awak, awak kata awak suka ke masjid dekat rumah awak ni bila nak solat
terawikh.
Saya buat keputusan untuk ke masjid yang awak sebutkan. Namun,
hampa. Saya tak nampak kelibat awak di situ. Saya tunggu dan tunggu, awak tak
datang-datang juga. Selama dekat 9 malam saya tunggu awak.
Kecewa sendiri.
Saya decide untuk meninjau-ninjau masjid dan surau yang
berdekatan dengan rumah awak, tapi hampa juga. Awak juga tiada di mana-mana.
Lalu, saya tekad cuba ke rumah awak. Saya dapati awak ada saja
di rumah. Tak ke mana-mana. Saya nampak awak sibuk dengan laptop dan henfon
awak. Fikir saya, mungkin awak ada seseorang yang sangat istimewa. Bila habis
saja orang bersolat terawih, awak keluar lepak dengan kawan-kawan makan-makan.
Begitulah rutin awak setiap hari.
Saya cemburu. Padahal awak tak tahu, andai awak kenal saya, awak
akan tahu saya lebih istimewa dari orang yang awak suka tu. Awak tak tahu,
perasaan saya pada awak jauh lebih dalam berbanding sesiapa pun yang awak kenal.
Lebih anggun dan menawan dari gadis-gadis yang awak kenali.”
Aku berkerut kening. Dalam hati, dia ni menakutkanlah. Syok
sendiri ke minah ni? Aku menyambung baca.
“Saya sedih. Sangat sedih.
Saya tetap menanti awak di pintu masjid yang awak katakan. Setia
menanti. Cuma nak melihat awak. Di malam ke-18, awak muncul akhirnya. Awak tahu
tak, betapa saya happy sangat dapat tengok awak? Walaupun awak tak perasan
saya, saya tak kisah.
Tapi, gembira saya tak lama.
Awak hilang lagi. Tak datang lagi ke masjid. Saya pergi ke
masjid itu tiap kali masuk waktu solat. Dengan harapan awak ada sama berjemaah.
Tapi, hampa bertubi-tubi. Bayang awak pun saya tak nampak.
Di siang hari, ada saya ke rumah awak. Saya dapati awak selepas
Subuh, tidur sampai Zohor. Selepas Zohor, tidur sampai Asar. Andai tak tidur,
sibuk dengan fon. Malam kadang-kadang awak tidur, banyaknya berjaga. Tak
habis-habis dengan internet dan gajet. Kadang-kadang saya terfikir, awak tak
bosankah menghadap benda-benda tu? Apa penting sangatkah mereka?
Saya tunggu seperti biasa di masjid. Tiap malam tanpa jemu.
Hinggalah malam terakhir terawih. Awak tak hadir juga.
Saya kecewa. Saya sedih. Malam itu saya menangis cukup-cukup.
Biarlah tumpah seribu air mata sekalipun. Pedihnya hati ini. Betapa awak tak
peduli. Tak pedulikan saya. Tak pedulikan kehadiran saya. Tak pedulikan
kesetiaan saya selama ini.
Tak peduli yang saya sayang awak. Sayang awak sangat-sangat. Tak peduli yang
saya ambil berat tentang awak sangat-sangat.
Jauh di sudut hati saya sebenarnya, saya nak tengok awak jadi
pemuda yang soleh. Sebab itulah tanpa jemu, saya tunggu awak di masjid tiap
masa dan ketika. Tinggalkan dosa, tinggalkan benda-benda lagha. Namun, hajat
tak kesampaian.
Cukuplah sampai sini.
Saya ambil keputusan untuk pergi. Tak mahu ganggu awak lagi.
Biarlah awak dengan hidup awak. Siapa saya di mata awak? Sesuatu yang tidak
bermakna saja pada awak.
Biar berjauhan.
Awak kenal siapa saya.”
Aku menggigil sedikit membaca baris terakhir. Ku gagahkan diri
jua.
“Saya Ramadhan.
Jaga diri, jaga iman.
Selamat tinggal.”
Aku terkedu. Kelu membisu. Air mata mulai menitik ke atas warkah
misteri itu.
Ya Allah. Ku tinggalkan surat tadi, berlari keluar untuk
bertanyakan mak siapa yang bagi. Mak menggeleng tak tahu. Bila masuk kembali,
surat itu telah diterbangkan angin melalui tingkap. Hilang.
Melihat orang lain beraya, aku juga mahu sakan beraya dengan
orang tercinta. Tapi, selama ini aku buat semberono ala kadar saja pada
Ramadhan Allah.
Air mata mengalir tak tertahan lagi.
Aku pendosa yang lupa Allah Maha Memerhati.
Kesal 150 juta kali.
Jgn
biar ending kisah anda sebegini TRAGIS!!
Referensi :
Klip Soal Jawab Agama Ustaz Azhar Idrus @UstazYouTube
0 Response to "Maaf Saya Akan Pergi Meninggalkan Awak !"
Posting Komentar