Segalanya Keranamu.!

Cerita Ini adalah tulisan pertama aku waktu baru mula-mula belajar internet & komputer di Malaysia Tahun 2005

Alia!... memang namanya Alia. Nur Alia Safiah binti Tuan Abdul Rahim. Nama itu juga yang sering meniti dibibir Jo'on dan Khairil,juga semua siswa yang pandangannya belum kabur. Tak siapa pun yang membantah kalau kata si Alia tu cantik,persis Britney Spears termasuklah aku biarpun aku mengidap penyakit rabun yang teruk.Tebal kanta ku tak menghalang aku berkedip2 memandang wajah comel itu. Ye lah, Orang cantik lalu depan mata, tak boleh buat selamba je? At least, adalah side effect, Misalnya aku, boleh termengah serta merta bila dia lalu dihadapan ku sesak nafas beb!
"Memang dia cantik Yan tapi.."Tapi apa? apa yang kurang? aku tengok ok je?" aku kalut menyoal.Ala2 buaya gelojoh. "Dia cantik. tengok aje matanya dah berdegup rasa hati tapi silapnya..."Jo'on teragak2 meneruskan kata2nya. Silapnya apa? Hidungnya penyek? Tak de lah,aku tengok mancung terletak. Ke giginya jongang? pun tak betul tu, Giginya elok tersusun umpanya model ubat gigi! "...silapnya dia dah ada Boyfriend. Boyfriendnya tu senior dia,budak Mass Comm jugak. Silapnya lagi,kau yang hodoh pulak jatuh cinta dengan dia,manalah dia pandang!"
Aku terdiam sejenak, cuba mengimbas kembali.Memang betul pun tapi kalau nak dibandingkan rupa paras aku dengan lelaki itu...hahahah! Macam langit dengan bumi,umpama Gajah dengaN semut. PunyaLah hodoh laki itu, alih2 dapat Girlfriend secantik Alia? Argghh, mustahil! tapi itulah kenyataan..Lelaki tu amat buruk dan aku pula amat handsem...handsem ke dek...!! ''Aku nampak boyfriend budak tu tapi buruk betul mamat tu. Matanya besar, hidungnya kembang penyek,gigi pula ala2 mr. Os.."
Bijak pun kau sedangkan lelaki rupa tak siap tu pun boleh pikat dan tawan Alia, inikan pulak kau!" Khairil memuji sambil memberi semangat. Dari suaranya kedengaran seperti ada unsur2 membodek. Lantas aku pun mengajak dua mangkuk hanyun itu ke kafe. Kira menjadi jugaklah bodek membodek mereka hingga aku dengan rela hati mentop-upkan perut2 mereka!
"Eh, Yan !''Khairil terhenti langkah.Dia memandang tepat ke arahku."Eh, aku lupa kau dah ada awekkan?! Awek kau sekampung dengan kau. Kau pernah cerita kat aku kan? Ishhh, ni kes berat ni Yan! Kau nak curang ye?" Serta merta wajah siYanti bermain dimata ku. Tiba2 aku rasakan dunia ni kecik aje. Berlari kemana pun Yanti juga yang aku kenangi akhirnya. Kenapa? Kerana dia seiras Alia. kerana seiras Alialah aku merasakan dunia ini kecik. Disini hari2 aku betemu Alia, malah hari2 jugak aku menacklenya kerana aku lihat dia adalah siYanti. Haiii,bukan main angau lagi aku! Kalau ditanya pada orang lain,tentu tak siapa pun setuju mengatakan Alia seiras Yanti.Punyalah jauh beza,umpama bumi dengan lagit tapi yang pasti,mereka sama2 menang dihatiku.
*****
Alia, aku memburunya kerana dia yang akrab denganku. Rajin bertanya khabar walaupun memula dulu aku hanya bercadang nak tes market. Laku lagi ke muka aku ni kalau di jaja? Lama2 dia macam kasi respon pulak. Dah jemu dengan Boyfriennya yang buruk tu agaknya! Aku pula, dah sedia memegang gelaran mr.Cassanova, takkanlah nak lepas macam tu je?
Yanti pulak berkait dalam hidup aku kerana dia pilihan mak aku. pilihan mak aku yang aku tak boleh tolak dan memangnya aku taknak tolak.Rugilah kalo aku tolak rezeki depan mata. Bukan sembarangan si Gadis Yanti tu. Dulu kecik2 kami main bersama tapi tak sangka bila besar kami kian terasing.segan pun ada.
Dia cantik. Aku akuinya walaupun aku sering berdolak dalik. Awal ura2 mak aku berkenan kat dia dan mak dia berkenan kat aku tahap dewa,aku buat2 tak reti. Wah, mak aku ni, ada ke patut nak suruh aku kawin dengan perempuan alim macam tu? Ushh, kata rambut,wajahnya pun aku jarang tatap. pegang tangan, opsss, sory! Jangan mimpi lah!. Kealiman dan kewarakan serta ke Ustazahannya membuat aku jadi tak berkenan. Maklum lah,setan kalo disuruh mengaji Al'quran, mau ke dia?...itulah perumpamaan antara aku dan Yanti. Dia rukun dalam adapnya sedang aku, takdelah jahat sangat tapi nakal tu dah terlabel kat dahi sejak lahir2 lagi kot. Apa la yang buta mak dia berkenan sangat kat aku, aku pun tak pasti. Mungkin aku pernah tolong pakcik Saari masa dia dipatuk ular dulu. Dek kerana berhutang budi,pulak tu aku ini tergolong dalam golongan yang elok paras rupa,chee....aku diperkenankan untuk menjalinkan hubungan dengan anak gadisnya. Huh, adil ke?.
Sememang itulah yang paling adil.cuman pada awal berkenan emaknya pada aku dan pada mulanya aku diperkenalkan pada siYanti,aku memandang sepi offer itu. "tak kena dengan teste saya la mak.." pernah aku suarakan pada emak. Emak serta merta berhenti mengirai daun pisang. Berkerut dahinya. "Habis tu macam mana lagi? Yanti tu dah cukup sempurna,mengaji pandai,cantik,hormatkan orang tua dan yang paling penting budaknya baik.Tidak lah menayang pusat, menayang paha macam budak kat luar sana tu. Kamu nak macam mana lagi Ryan oii?!!"
Belum pun sempat aku menjawab, emak bingkas bangun.
"Dah jangan nak berangan,ambil ni, hantar kerumah Mak Peah kamu!" Tersentak. Pinggan berisi kuih dihulur kepada ku. Alahai mak ni tak de kerja lain ke, asyik hantar kuih je ke rumah si Yanti tu. Dan malang nya aku sepanjang cuti semester ni, aku lah tukang deliver kuih muih kerumah bakal mak mentua aku tu! Mahu tak mahu aku pergi juga ke rumah Mak Peah.Yanti yang menyambut. Dari pada nak hantar kuih buat sedekah tu, terborak2 la pula dengan Minah tu.
"Alhamdulillah, pengajian saya dah tamat dan Alhamdulillah sy sekarang bekerja di firma guaman" suaranya yang lunak namun sedikit pun dia tidak memandang kearahku. Hai apa punya telekomukasi ni? Sejak pertemuan petang itu aku baru sedar betapa manisnya dia! Muka persis Manissha Koirala versi muslimah! Dan pada petang itu juga aku baru sedar amt lah mustahil jika dia tak de peminat langsung!
...dan terbaru salah seorang peminatnya adalah...
Aku! Sejak pertemuan itu aku tiba2 jatuh minat padanya. Semuanya gara2 aku curi2 menatap wajahnya dan kala itu ada perasaan aneh yang menyelinap dihati. Rasa macam hari itu juga aku ingin memberitahu Mak Peah, aku sedia menikahi anak daranya sekarang!!
“Hmm, hari tu kata budak tu macam Ustazah lah,macam kumpulan ajaran sesatlah, alih2 hari ni gatal nak menikah?” suara mak menyindir aku bila melihat aku tak senang duduk. Mahu nya aku tak senang duduk kalo dirumah Mak Peah sekarang ada lelaki muda dating bertandang dan lebih membuat punggung ku hangat,lelaki tu nampak gayanya macam Ustaz. Dah tu muda pulak tu!
“Siapa yang dating rumah Mak Peah tu mak?” soalku. Emak tersenyum mengejek. Malunya aku tapi nak buat macam mana demi hati yang kian rancak degupnya tak kisah lah tebalkan muka sekejap. “Syukri. Ustaz Syukri,pensyarah Yanti kata Mak Peah..” Mulut ku ternganga menanti jawaban Mak tertutup serta merta. Niat dihatiku mahu bertanya apapula tujuan sipensyarah muda tu dating kerumah siYanti ku batalkan. Takut mak tahu aku betul2 gelabah.
Encik Syukri? Pensyarah? Ishh apa hubungannya dengan Yanti sampai bertandang kerumah? Ini tak boleh jadi. Patutlah Yanti taknak pandang muka aku. Bukan alim tetapi sudah ada Encik Syukri. Apa hebatnya lelaki tu? Nak banding paras rupa tak mungkin dia mampu kalahkan aku. Opss, lupa! Dia pensyarah sedang kau belum tentu graduate. Argghhhh!!!
Esok harinya secara expres aku membuat keputusan untuk bertemu Yanti. Ini bukan pertemuan main2 tapi ini pertemuan serius. Perhitungan akhir gitu! “Yanti tak perlu bercerita apa2. Saya dah tahu segalanya dan sy sedar, saya tak layak untuk mendampingi Yanti..” ujar ku lirih Pertemuan petang tu amat memedihkan tatkala aku ingin lafazkan cinta padanya tak tercapai. Last2 kata tadi yang terhambur. Yanti kelihatan terkejut. Bencinya aku, dia pura2 tak tahu. Pura2 macam tak bersalah. Curi hati lepas tu biarkan. Kejam! Nampak je baik tapi buat aku terseksa!!
Ikutkan tak patut betul dia membuatkan aku dilamun cinta padahal dia hangat bercinta dengan pensyarahnya, aku juga yang putih mata bila tempoh hari aku lihat mesra aje layanannya pada Encik Syukri. Lebih dasyat bilaaku dengar pula mak bersembang dengan Mak Peah soal tuning menunang! Sah sangat si Yanti tergila2 pensyarahnya itu dan mereka bakal bertunang la pulak! Arghhh!!! Belum sempat Yanti membalas kata2, aku blah. Radang punya pasal sedar2 aku dah jauh meniti pematang meninggalkan dia. Lantaklah kau! Sekali ada ular dating nak patuk kau jangan harap aku nak tolong! Panggillah buah hati kau tu, Yanti!!, gumamku geram.
Jauh sedikit aku menapak tiba2 aku kedengaran satu jeritan yang membuat langkah ku terhenti tiba2. tiba2 juga segala radang ku berterbangan saat aku melihat Yanti jatuh tergelincir dari pematang. Kasihan la pulak! Cepat2 aku berlari mendapatkannya. “Tak payah Yan! Yanti boleh bangun sendiri..”dia membantah. La, sakit2 pun nak berlagak dengan aku ye? Dia cuba bangun tetapi tetap gagal. Setiap kali dia nak grakkan kaki, dia mengerang kesakitan. Akhirnya beralah jugak disaat aku tawarkan last chance kat dia.
“Terima kasih Yan ..”ucapnya bila kami sampai dirumahnya. Mak Peah menyambut dengan wajah cemas. “Anak mak cik terseliuh. Jatuh tergelincir dari pematang” jelasku. Kali ini aku tidak berhasrat lagi untuk membodek.Belum sempat Mak Peah membalas , aku terus blah. Hmm, tuan punya badan tak sudi, biarlah aku bawak hati!!!
*****
“Hmm, panjangnya menung!”
Tersentak. Alia tersenyum polos melihat aku terpinga-pinga. Aku pula cepat melipat kembali surat yang baru siap aku karang. Ciplak ayat dari majalah sikit plus daya kreatif otak aku sikit, maka terhasillah surat sopan ini. Aku nak bagi pada Yanti. Mana tahu tiba2 boleh terbuka hatinya untukku.
" Yanti
Tidak berdaya aku membelakangi fitrah manusia,
Kerana aku tidak ingin menolak takdir buat ku. Sesungguhnya tuhan itu menjadikan setiap hambanya kerana cinta dan kerana cintalah lahir seorang aku di mukim cinta tuhan ku. Saat allah SWT menghadirkan cinta seorang hawa dihatiku daya ku membuka seluas2nya hatiku. Ingin jua ku risik hatimu, agar terbentang luas jalan buatku meniti sinar kasih mu, Yanti….
Terimalah aku Yanti!!
Terimalah aku Yanti!!"

“Terimalah aku!!!”
Alia dihadapan ku tersentak mendengar aku tiba2 menjerit, sasau ke mamat ni tiba2 menjerit?! “Awak ingat siapa?” Suara Alia lunak bertanya. Dia mendapat kerusi disebelahku. “Tak ingat siapa pun. “Saya pun tak?” dia memancing reaksi ku. Aku sekadar tersengih, melirik padanya. Dah la membuat aku terkejut tadi. Entah kemana hilang nya si Yanti dari lamunan, alih2 dia yang comel pulak ada disebelahku. Dah la muka seiras si Yanti, menguji iman betul!!
“Joe?’ terpantul nama ganas itu dari bibir Alia. Aku tercegil seketika. “kenapa dengan Boyfriend awak tu?’ aku cepat bertanya. Alah tu tak de lain bergaduh la tu! Serta merta aku teringat peristiwa bulan lepas. Sial betul Joe, dibelasahnya aku hidup2. Jadi macam lempeng aku dipenyek2 oleh tumbukan sasa konco2nya. Jeles punya pasal. Hish, dah la muka buruk,perangai pula Nauzubillah!Ceh, kalo aku jadi Alia, malu aku mengaku si bangkai tu boyfriend ku!!
“Kami dah clash!”
Terkejut aku. Reda dari terkejut aku tergelak besar tapi terpaksa pula di control. Ye la si Alia baru putus cinta, takkan kau tak pura2 sedih langsung kot? “Gelak la . memang patut awak gelak sebab sy bodoh bercinta dengan lelaki macam tu. Sia2 saya setia tapi dia main kayu tiga.” “bukan tu je , si Joe tu kaki pukul,kaki dera, kaki perempuan, kaki judi, kaki berbulu…!” opss! Aku tengok Alia merenung aku. Marah ke aku kutuk dudanya?
“Sory!!” cepat aku memohon maaf. Alia perlahan mengukir senyum. “Lebih2 pulak awk ye? But, its ok. Thank sebenarnya awak yang merubah hati saya. Kalau dulu, saya tak nampak perangai buruk Joe sebab saya sayang sangat tapi bila awak hadir, you teach me how to judge a people!” suara Alia perlahan. Matanya bersinar memandang tepat ke arahku. Seketika pandangan kami bertaut. Ah, betapa bergeloranya hatiku saat ini. Kenapa Tuhan jadikan kau seiras Yanti? Cumanya kau versi free hair? Aku rindu dia, Alia! Kalau kau ditempat aku saat ini, kau akan tahu betapa aku rindu. Ah, pahitnya rindu, Alia!
“Ryan!” Tersentak lagi. Masuk kali ini dah berapa kali aku tersentak, aku tak pasti. Yang pastinya Alia masih merenung ku, membuatkan aku tak keruan. Yelah, orang cantik,single pulak tu dok perati kita, takkan tak rasa apa2 kot? Kalau lah ada sungai dihadapan ku mau aja aku terjun. Lepas tu Alia mesti ikut terjun sama. I jump you jump! Hahaha… Sebenarnya semenjak itu kami semakin akrab. Jo’on dan Khairil tak habis2 tabik spring betul2 kagum dengan ilmu mentackle yang aku gunakan. Ceh, sebenarnya tak de benda yang nak diheran kan aku kan hensem?..he,he…Kalau pun bukan Alia ramai lagi yang tergila2kan aku Cuma …
Yanti! Ah, Cuma Yanti yang tak nak aku. Sebab pertama: aku ni budak nakal. Pernah dulu waktu dia balik ngaji dari rumah Teungku Talib, aku menyakatnya. Mula2 dia tak takut tapi bila aku pakai telekung menggeluncur guna tali yang direnggang dari pokok ke pokok lain dia lari lintang pukang. Aku,Iqbal,dan Aulia gelak terguling2 ditanah. Balik dari menyakat, aku terkantoi bila ditangan ku ada kain telekung. Waktu itu juga Yanti menghadiahkan aku dua das penampar!
Kedua, aku pernah ejeknya macam nenek tua yang berkelubung sebab dia senang mengenakan jubah dan tudung labuhnya. Waktu mengejeknya itu dia membalas selamba, “Saya pulak tak suka yang telanjang. Belum apa2 lagi dah tau kecatatannya!’ hampeh,bias betul! Tu peril aku lah tu! Tahulah aku suka perempuan yang terdedah sana sini! Ketiga , memang aku awal2 lagi dah out dari list calon suaminya. Dia sendiri yang menjerit dengan perangai setan aku. Siap baling buah kelapa kat kepala aku dek kerana geram. Dari dulu lagi pun dia dah tak berkenan dengan tingkah laku aku. Pernah ketika aku acah2 nak tackle dia,direct aje dia sound aku.
“Tak ingin saya!’ dia separuh menjerit bila aku kata I Love You. Macam nak menangis pun ade di saat itu. Ala…la manjenye!! “Alah awak tak ingin ye? Saya pandai baca Al-quran apa? Alim pulak lagi.Tak caya? Tengok muka saya ni.Dari jauh lagi dah boleh nampak cahaya nya!” Yanti merengus. “Ha’ah, memang bercahaya !,cahaya api neraka!” Yan jangan ganggu saya boleh tak boleh tak? Kita bukan budak2 lagi boleh sakat menyakat. Dah 20tahun! Saya, kalau pun saya nak kawin, saya hanya mahu bersuamikan orang yang alim!!”
Aku tergelak besar.
“Alim? Kalau nak cari yang alim cik Yanti oii,tu ha,Lebai sahak yang tua tu alimlah…! “Dengan dia pun saya tak kisah asal jangan dengan awak!” tingkah Yanti. Tertelan gigi aku dibuatnya tapi time itu aku tak kisah sebab aku acah2 je. Kat luar aku dah pasang enam orang awek…
Namun hari ini tiba2 aku menyesal. Dah terbukti aku memang out of list sebab si Yanti dah buktikan kata2nya. Memang teste dia orang yang betul2 baik. Hmm, baik macam Encik Syukri kot..?Arghh!!! Walaupun sehebat mana pun ketensionan aku dan tahab kejealousan aku pada mamat tu aku kena angkat bendera putih. Yanti memang dah tak nak dengan aku.Itu yang pasti. Entah buta kea pa dia,perempuan kat luar sana tu berebut nak aku,he.he,…ye ke..! dia macam tak de selera langsung. Tengok muka aku pun dia macam nak muntah je,biar pun semua orang dah tau aku ni seorang Dj radio.
Tak nak ke Dj terkenal macam aku ni menjadi suami kau Yanti oii? “Awak Dj ke sekarang,Yan?” Suatu hari dulu Yanti pernah bertanya. “Siapa Yang bagi tahu..?”
“Tak ada yang bagi tahu pun saya boleh tahu..bukannya saya tak pernah dengar Radio..semua orang pun tahu..” suaranya lembut. Heheh macam ada harapan nak bagi dia berkenan kat aku!
Aku time tu memang bangga. Sambil bangun dan pose ala2 model hebat,aku bersuara dengan riaknya..”Ye ke semua orang tahu? Awak pun tentu bangga dapat bertemu dengan saya sedangkan yang lain tertunggu-tunggu nak jumpa saya..”
Yanti mencebik. Dia bangun dari duduknya dipangkin,meninggalkan aku terpinga-pinga. Aku turut bangun,mengekorinya. “Dalam ramai2 orang,awak je seorang yang tak suka saya jadi Dj. Apa salahnya jadi Dj?” “Sy tak kata saya tak kata.terpulang lah. saya tak berhak nak haling..” Aku tergelak kecil. Aku tahu dia marah. Tak pun jeles. Ha.ha…inilah saatnya nak menduga. “Awak jealous ya?”
“Minta maaf, awak silap Yan. Takan lah sy nak cemburu pulak..” Bertambah kuat ketawa ku. “Bagus lah kalo tak cemburu. Untuk pengetahuan cik Yanti, saya tak de niat nak jatuh hati dengan awak,Cuma mak saya yang berkenan betul dengan awak. Buta agaknya orang tua tu…” Yanti kelihatan terkejut. Wajahnya merona merah. Malu.Kemudian cepat saja dia berlalu masuk kerumah. Aku taknak kejar lagi. Aku sendiri nak bagi dia sedar yang selama ini, hanya mak aku yang beriya2 mahu bermenantukan dia padahal aku langsung tak berkenan.
Semenjak itu memang sah2 aku tak berpeluang lagi nak bercakap2 dengannya. Memula memang tak rasa apa2, tapi lama2 aku rasa something wrong la pulak. Rindu beb! Rindu..nak menyesal tak guna juga sebab aku yang celupar. Kenapa dulu aku ego,tak nak mengaku aku sebenarnya suka gila padanya? Buktinya aku dah kurangkan aktiviti aku sebagai Dj. Sorylah gua dah tak main glamor2 ni. Ye lah,orang macam Yanti sikit pun dia tak bangga kalo aku glamour. Tak guna glamour kalo sebab glamour buat Yanti reject aku terus!
Seperti biasa masalah itu aku adukan pada pakar kauseling jiwa,mr.Khairil. Ceh ingatkan dia nak menenangkan hati tapi rupanya lagi kutuk adalah!
“Kau dah cakap kat dia macam tu aku pun doakan banyak supaya dia menyampah terus tengok muka kau! Kau ingat dia tak terluka ke? Tahulah kau tak nak dia,tapi jangan lah sampai kau cakap macam ru pada dia. Kau ingat dia tak de maruah ke?!!” Khairil bengang. Kalau boleh mati juga aku dicekik mamat tu.
“Aku tau aku salah,mulut aku celupar tapi sebenarnya aku suka dia. Time tu memang lah aku tak berkenan tapi sekarang dah lain. Jangankan kata bertunang,kalau boleh hari ini jugak aku nak mintak kadi nikahkan kami..” khairil mencemuh. “apa ni Khairil?” aku terpinga2. khairil angkat kening dia berlalu. Macam la konon kaunselor yang rasional. Rasional hotak dia, biarkan aku macam orang sasau!
Alia pulak saban hari semakin menghimpit rasa. Aku senang dengan kehadirannya. Dia cantik dan manja, betul2 seperti idaman aku,cuman aku tak mampu nak hinder wajah mulus si Yanti dari pandangan. Sampailah suatu hari. Lafaz cinta Alia kunjung jua. Aku separuh tak bernafas saat dia kata dia dah jatuh hati padaku.
“Lia, Yan minta maaf..”
Hanya itu mampu aku luahkan. Aku sendiri tak sangka hatiku menafikan cinta untuknya. Tak sangka nasib Alia sama juga dengan perempuan2 yang pernah suarakan hasrat padaku. Segala2nya kerana Yanti!! Menitis air mata Alia. Maaf Alia. Aku tak berniat nak permainkan kau. Kalau tak kerana siYanti dah lama aku lamar kau…
“Sebab Yantikan? Sebab Yantilah Yan tolak Aliakan? Alia menyoal bertubi2. aku serba salah. Mangkuk hayun mana yang bocorkan rahasia ini. “siapa yangh bagi tau Alia?”
“Khairil, dia kata awak sasau dengan perempuan tu. Apa kurang nya Lia. Apa lebih dia, Yan?!!”
Aku tergamam seketika. Apa lebih, apa kurang? Nak tak nak aku cuba juga pujuk Alia. Kalau perlu bercerita tentang siYanti,aku akan bercerita. Aku nak dia faham kenapa aku tidak boleh berhenti merindui Yanti. Yanti yang membuat aku sedar betapa tidak ada keindahan lain dalam dunia melainkan cinta Tuhan. Kata Yanti, cinta sejati yang suci bukan dengan berpegangan tangan, bukan dengan cumbuan dan juga tidak berpelesiran. Aku jadi kagum dengannya dan terus jatuh hati.
“Lia, Yan minta maaf…”
Alia mengangkat wajah yang sembap. Dia cuba tersenyum. “Thanks Yan. Walaupun Alia terluka tapi Lia tetap pasrah Yan..”
*****
Akhirnya aku balik kampong. Itu je jalan untuk aku merasa sedikit ketenangan. Duduk lepak ditepi sungai sambil berpuisi. Aaah! Jadi seniman la pulak aku! Yanti pun tentu dah takde kat kampong dengar cerita mak waktu aku cal dia tempoh hari, Yanti dah kerja di Biruen.
“Assalamualaikum,Ryan” aku berpaling.Hairul atau bakal abang ipar aku yang tak jadi(abang Yanti la..) tercegat dihalaman. Aku sibuk mengalihkan pasu2 seperti di arahan mak cepat2 berhenti bekerja. Jabat salam Hairul disambut. “bila balik Yan?” “baru sampai tengah hari tadi.” Jawab ku sekadar basa-basi. Malasnya aku nak bersemuka dengan Hairul. Rasa macam diejek2 pun ada sebab tergila2kan adik dia.
“Jemputlah keumah ada kenduri sikit untuk Yanti.”
Aku mengia walau saat itu nak aje aku baling pasu ke kepala Hairul. Tahulah siYanti nak bertunang, sengaja menjemput aku. Nak sakitkan hati aku lah tu! Tadi waktu aku lalu depan rumah Mak peah, aku nampak ada kereta Encik Syukri. “siYanti jadi ke dengan Encik Syukri tu mak?”
Waktu aku bertanya tu mak dah siap2 nak pergi kerumah Mak peah. Terus aje dia keluar dah lambat katanya. Malas nak layan aku lah tu. Dari luar rumah aku dengar mak bersuara “kamu jangan tak pergi kerumah Mak Peah tu, tolong apa2 yang patut!!” aku mencebik. Lambat2 aku menyarung baju Melayu yang aku beli masa aku diMalaysia dulu. Kain pelekat aku kemaskan. Alah sekadar menghormati majlis! Tak guna pun handsem2 sedang malam ni malam sedih aku. Yanti bakal diikat sebagai milik orang lain!!
“Sila Yan!” jemput Hairul.pak Sa’ari turut sibuk sambut tetamu. Kenduri serupa kenduri do’a selamat aje? Jauh disudut sana aku nampak siSyukri. Dia pun selamba je dengan baju melayu dan jeans? “Yan, ni kawan abang Syukri. Dia selalu kesini tapi tak ada kesempatan pula nak perkenalkan pada Ryan.” Sedang aku asyik mencari siYanti, Hairul memperkenalkan Syukri padaku. Aku tersenyum tawar. ”Tak apalah, Encik Syukri pun bakal menjadi keluarga ni juga.”
“Kami memangdah macam keluarga sejak dulu! Saya dah Hairul berkawan sejak di Mesir lagi dan kebetulan isteri saya kawan baik si Yanti…” Hah? Aku terpinga2. mujur Hairul dah beredar. Sebentar kemudian Syukri turut beredar bila bacaan doa dimulakan.
La..ni doa selamat? Confusenya aku tapi last2 barulah terfikir,mana ada orang buat majlis bertunang pada sebelah malam? Tak keruan aku tambah2 lagi bila kanduri dah selesai, waktu nak balik kerumah, ada suara memanggil nama aku. Hantu ke? “Yanti!”
Aku gugup. Dihadapanku Yanti berdiri sambil tersenyum manis. Dia begitu indah dalam baju kebaya dengan hiasan ringkas itu. Wajahnya berseri dilimpah cahaya rembulan. “Ryan, Yanti minta maaf,sebab tak berbincang langsung dengan Ryan keputusan Yanti nak Sambung belajar ke Jakarta.” “Nak ke Jakarta? Belajar?” aku mengerutkan dahi. Terkejut berbaur hairan.kalau pun nak ke Jakarta buat apa nak berbincang dengan aku?aku bukan sesiapa?
“percayalah Yan,sebagai tuning,Yanti rasa bersalah tapi setiap kali Yanti hubungi Ryan, Ryan tak pernah jawab. Sms Yanti pun tak pernah Ryan balas.” Hah aku terpinga….
Dalam kilau cahaya malam itu aku sempat melirik pada jemarinya. Dijari manisnya tersarung cincin yang sebelum ini aku nampak mak sibuk membelek2. mak dah pinang dia untuk aku dan dia terima? Hah,biar betul?!!
“Tak lama Yan,dua tahun je disana tapi kita kawin dulu ye?”
“Yanti, saya rindu..” hanya itu mampu terucap sebelum aku jatuh terkulai. Memang rindu sangat padanya dan punya lah derita dek kerana rinduku itu!
Saat aku jatuh merundum ketanah itu Yanti cepat memangku. Kedengaran Yanti memanggil emaknya meminta tolong, Ah, aku dah tak larat sebab dah hamper seminggu aku tak makan hanya kerana rajuk di hati!!!

“SEKIAN”

INSPIRASI:; REMAJA...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Segalanya Keranamu.!"